Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UNICEF gesa sekolah dibuka semula di negara terjejas dek COVID-19

Agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNICEF menggesa pihak berkuasa pendidikan supaya membuka semula sekolah secepat mungkin di negara-negara, yang mana jutaan pelajar masih tidak dibenarkan meneruskan pelajaran di bilik darjah, 18 bulan selepas pandemik COVID-19 berlaku.

Anggaran Waktu Membaca:
UNICEF gesa sekolah dibuka semula di negara terjejas dek COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Sep 2021 02:40PM Dikemas Kini : 16 Sep 2021 02:41PM

MANILA: Agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNICEF menggesa pihak berkuasa pendidikan supaya membuka semula sekolah secepat mungkin di negara-negara, yang mana jutaan pelajar masih tidak dibenarkan meneruskan pelajaran di bilik darjah, 18 bulan selepas pandemik COVID-19 berlaku.

Sekolah-sekolah di sekitar 17 negara masih ditutup sepenuhnya, manakala di lagi 39 negara, belum dibuka sepenuhnya, menurut laporan oleh UNICEF hari ini (16 Sep).

Antara yang "hampir ditutup sepenuhnya" adalah sekolah-sekolah yang dihadiri oleh hampir 77 juta pelajar di Filipina, Bangladesh, Venezuela, Arab Saudi, Panama dan Kuwait.

Hampir sepertiga daripada jumlah itu berasal dari Filipina, yang sedang berdepan salah satu penularan terburuk COVID-19 di Asia dan sesi persekolahan baru bermula pada minggu ini.

Para pelajar daripada keenam-enam negara itu membentuk lebih separuh daripada 131 juta pelajar di seluruh dunia yang ketinggalan lebih tiga suku daripada sesi pembelajaran secara fizikal, menurut UNICEF.

"Krisis pendidikan masih ada dan dengan setiap hari berlalu di mana bilik-bilik darjah masih ditutup, keadaannya kian memburuk," kata Pengarah Eksekutif UNICEF Henrietta Fore.

Laporan itu menyatakan bahawa para guru harus diberi keutamaan bagi vaksin-vaksin COVID-19, selepas para kakitangan kesihatan dan mereka yang paling berisiko, demi melindungi mereka daripada penularan dalam masyarakat.

Para pelajar mungkin lebih selamat di rumah, namun ketersediaan komputer, telefon bimbit dan Internet serta mutu pendidikan yang tidak sama rata merupakan antara cabaran yang terus dihadapi.

Di Filipina, sesetengah kanak-kanak terpaksa memanjat bumbung untuk mendapatkan signal Internet.

Pada Jun, Presiden Filipina Rodrigo Duterte menolak usulan untuk membenarkan kelas-kelas secara fizikal disambung semula di beberapa kawasan, sambil berkata: "Saya tidak mahu mempertaruhkan kesihatan kanak-kanak ini."

UNICEF dan rakan-rakan kongsinya akan mematikan saluran digital mereka selama 18 jam hari ini untuk menarik perhatian kepada krisis tersebut dan "pengalaman pembelajaran yang hilang selama 18 bulan".

"Kita tidak boleh biarkan seluruh dunia tidak mengendahkan krisis ini," kata Fore. "Saluran kami sepi, tetapi mesej kami lantang: Setiap masyarakat, di mana-mana sahaja mesti buka semula sekolah secepat mungkin."

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan