UNICEF gesa Afghanistan tarik balik larangan pendidikan menengah bagi pelajar perempuan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Sanaullah SEIAM)
NEW YORK: Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Sabtu (22 Mac) menggesa pentadbiran sementara pimpinan Taliban di Afghanistan untuk menarik balik larangan pendidikan menengah untuk pelajar perempuan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Selama lebih tiga tahun, hak pelajar perempuan di Afghanistan telah dilanggar. Golongan ini mesti dibenarkan kembali ke sekolah sekarang. Jika gadis-gadis muda yang berkebolehan dan cerdas ini terus dinafikan pendidikan, maka kesannya akan bertahan selama beberapa generasi," kata Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell dalam satu kenyataan.
Beliau menekankan bahawa "Afghanistan tidak boleh mengabaikan separuh daripada penduduknya."
Dengan permulaan penggal persekolahan baharu Afghanistan tanpa pelajar perempuan melebihi gred enam pada Khamis (27 Mac), Cik Russell berkata jika larangan itu tidak ditarik balik, lebih 4 juta kanak-kanak perempuan akan dilucutkan pendidikan selepas sekolah rendah menjelang 2030.
"Larangan itu memberi kesan negatif kepada sistem kesihatan, ekonomi, dan masa depan negara. Dengan kurangnya gadis mendapat pendidikan, golongan ini menghadapi risiko perkahwinan kanak-kanak yang lebih tinggi dengan kesan negatif terhadap kesejahteraan dan kesihatan mereka," menurut kenyataan itu.
Malah, kanak-kanak perempuan dan wanita di Afghanistan tidak dapat menerima rawatan perubatan dan sokongan yang diperlukan, jika kaum wanita terus dinafikan pendidikan dalam penjagaan kesihatan.
Ini sekali gus boleh menyebabkan lagi 1,600 kematian ibu dan lebih 3,500 bayi.
UNICEF menyatakan walaupun terdapat larangan, mereka dapat menyediakan akses pendidikan kepada 445,000 kanak-kanak melalui pembelajaran berasaskan masyarakat di mana 64 peratus adalah gadis.
“Kami menggesa pihak berkuasa sementara supaya menghentikan larangan ini serta-merta. Pendidikan bukan sahaja satu hak asasi; ia laluan kepada masyarakat yang lebih sihat, stabil, dan makmur,” tegasnya.
Taliban mengharamkan pendidikan menengah untuk golongan wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan selepas mengambil alih tampuk kepimpinan di negara itu.
Ini menyusuli kejatuhan pemerintah Kabul dengan sokongan Amerika Syarikat.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.