UNESCO senaraikan 3 tapak bersejarah di Kyiv, Lviv dalam Senarai Warisan Dunia Terancam
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Daniel LEAL / AFP)
PARIS: UNESCO menyenaraikan tiga tapak bersejarah di bandar Kyiv dan Lviv yang dilanda perang ke dalam Senarai Warisan Dunia Terancam pada Jumaat (16 Sep), akibat perang berterusan Rusia ke atas Ukraine, lapor Agensi Berita German dpa.
Saint Sophia Cathedral, gereja yang mengagumkan di ibu negara Ukraine dan muzium Pechersk Lavra yang terkenal telah disenaraikan sebagai terancam, termasuk bandar bersejarah lama Lviv.
Tapak-tapak itu mempunyai "nilai universal luar biasa" terancam sejak pencerobohan berskala penuh Rusia pada Februari tahun lalu, kata Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO pada mesyuarat di Riyadh, Arab Saudi.
"Masyarakat antarabangsa tidak boleh berpaling ke arah lain apabila warisan manusia bersama kita diserang," kata presiden Suruhanjaya UNESCO Jerman Maria Bohmer.
Menurut Cik Bohmer, perang itu juga menimbulkan risiko khazanah budaya Ukraine dirompak.
"Masyarakat antarabangsa mesti bekerjasama rapat untuk menghentikan perdagangan haram barangan budaya dan meminta mereka yang bertanggungjawab," tambah Cik Bohmer.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.