Skip to main content

Dunia

UNESCO prihatin tapak warisan di Syria, Turki rosak susuli gempa bumi dahsyat

Anggaran Waktu Membaca:
UNESCO prihatin tapak warisan di Syria, Turki rosak susuli gempa bumi dahsyat

Pasukan penyelamat dan warga Syria berkumpul di sekitar bangunan yang runtuh di bandar Jandairis di Aleppo pada 7 Februari 2023. (Gambar: Bakr Alkasem/AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2023 06:13PM
PARIS: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Selasa (7 Feb) menyuarakan kebimbangan mengenai kerosakan di tapak warisan di Syria dan Turki sambil berjanji untuk membantu kedua-dua negara yang dilanda gempa bumi itu.

Menyusuli tinjauan awal ke atas tapak warisan yang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan, UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai 'Warisan Dunia dalam Bahaya', lapor Xinhua.

Sementara itu di Turki, beberapa bangunan di bandar Diyarbakir runtuh. Bandar tersebut merupakan lokasi tapak Warisan Dunia 'Kubu Diyarbakir dan Landskap Budaya Taman Hevsel', sebuah pusat penting semasa zaman Rom, Sassanid, Byzantine, Islam dan Uthmaniyyah.

Pakar UNESCO, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan kini berusaha mewujudkan inventori tepat mengenai kerosakan di tapak dalam Senarai Warisan Dunia.

"Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan orang tersayang mereka yang meninggal dunia. Doa saya juga untuk mereka yang cedera dan semua yang terjejas. Pertubuhan kami akan memberikan bantuan berdasarkan mandatnya," kata Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay.

Gempa bumi kuat melanda wilayah Kahramanmaras, selatan Turki pada Isnin pagi waktu tempatan (0117 GMT) Isnin, beberapa minit kemudian gempa kuat turut melanda Gaziantep yang setakat ini sudah meragut ribuan nyawa.

Gempa itu turut menjejaskan negara jiran Syria.
Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita