UNESCO iktiraf Raja Ampat sebagai rizab biosfera
Anggaran Waktu Membaca:
Kepulauan Raja Ampat di Indonesia. (Gambar: All around the world/Facebook)
JAKARTA: Raja Ampat, sebuah kepulauan terkenal di wilayah Papua Barat, Indonesia diiktiraf sebagai rizab biosfera.
Dalam kalangan 30 rizab biosfera baharu yang diiktiraf UNESCO, Raja Ampat dianggap sebagai ekosistem marin paling kaya dengan biodiversiti di dunia.
Pengiktirafan tersebut menandakan satu lagi pencapaian penting selepas Raja Ampat menerima gelaran Geopark Global UNESCO pada 2023, menjadikannya antara lokasi di dunia yang memegang dua gelaran antarabangsa UNESCO secara serentak, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Rizab itu meliputi kira-kira 135,000 kilometer persegi dengan lebih 610 pulau dan hanya 34 daripadanya berpenghuni.
Terletak di tengah Segi Tiga Terumbu Karang (Coral Triangle), kawasan itu memiliki ekosistem terumbu karang terkaya di dunia dengan lebih 75 peratus spesies karang, lebih 1,320 spesies ikan terumbu, serta lima spesies penyu laut yang terancam dan jarang ditemui termasuk penyu Hawksbill.
Dengan dua pengiktirafan antarabangsa, Raja Ampat diiktiraf bukan sahaja kerana warisan geologi yang unik, tetapi juga kerana kepelbagaian biologi yang luar biasa.
Menurut UNESCO, rizab biosfera bertindak sebagai “makmal hidup” ketika masyarakat, saintis dan pemerintah bekerjasama atas tiga tunggak utama: memulihara biodiversiti dan landskap, mempromosikan pembangunan sosioekonomi lestari serta meningkatkan kefahaman melalui penyelidikan, pendidikan, latihan dan perkongsian ilmu.
Kini, terdapat lebih 700 Rizab Biosfera di lebih 130 negara, meliputi lebih lima peratus keluasan daratan dan berperanan sebagai model keseimbangan antara pemuliharaan dan penggunaan mampan bagi kira-kira 275 juta penduduk yang tinggal di kawasan itu.

Sumber : Bernama/AZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.