UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan Turki-Syria susuli gempa dahsyat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP/Getty Images
PARIS: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyuarakan kebimbangan mengenai kerosakan di tapak-tapak warisan di Syria dan Turki sambil berjanji untuk membantu kedua-dua negara yang dilanda gempa bumi itu.
Menyusuli tinjauan awal ke atas tapak-tapak warisan yang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan, UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."
Sementara itu di Turki, beberapa bangunan di bandar Diyarbakir runtuh. Bandar ini adalah lokasi tapak Warisan Dunia "Kubu Diyarbakir dan Landskap Budaya Taman Hevsel", sebuah pusat penting semasa zaman Rom, Sassanid, Byzantine, Islam dan Uthmaniyyah.
Pakar UNESCO, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan kini berusaha mewujudkan inventori tepat mengenai kerosakan di tapak dalam Senarai Warisan Dunia.
"Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan orang tersayang mereka yang meninggal dunia. Doa saya juga untuk mereka yang cedera dan semua yang terjejas. Organisasi kami akan memberikan bantuan berdasarkan mandatnya," kata Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay pada Selasa (7 Feb).
Gempa bumi kuat melanda wilayah Kahramanmaras, selatan Turki pada pagi Isnin waktu tempatan, beberapa minit kemudian gempa kuat turut melanda Gaziantep yang setakat ini sudah meragut ribuan nyawa.
Gempa itu turut menjejaskan negara jiran Syria.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.