Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Undi18 dilaksana di M'sia mulai Jan 2022

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob berkata Undi18 akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2022 sepertimana diputuskan Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak, sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Undi18 dilaksana di M'sia mulai Jan 2022

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Oct 2021 06:00PM Dikemas Kini : 30 Oct 2021 06:02PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob berkata Undi18 akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2022 sepertimana diputuskan Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak, sebelum ini.

Beliau berkata Kabinet sudah membuat keputusan untuk tidak merayu keputusan berkenaan walaupun sebelum ini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa persediaan ke arah pelaksanaannya hanya boleh dibuat menjelang September tahun hadapan.

"Bila mahkamah buat keputusan, kerajaan boleh merayu keputusan ini tetapi bagi menghargai dan menghormati anak-anak muda, Kabinet telah putuskan kita tidak akan merayu keputusan dibuat Mahkamah Sarawak.

"Tidak merayu bermakna keputusan kekal, bermakna tarikh akhir 31 Disember (untuk laksanakan Undi18), dan 1 Januari bermulalah pendaftaran automatik untuk pengundi 18 tahun," katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur hari ini (30 Okt).

Turut hadir adalah Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu.

PM Ismail Sabri juga berkata kerajaan akan terus meningkatkan semangat kesukarelawanan dan melestarikan kesejahteraan mental pada era pasca pandemik COVID-19.

Misalnya, menerusi kempen 'Mental Health Matters' dan program 'Rakan Muda Comfort Room' serta 'Young Mind' yang menyasarkan lebih 1,000 kaunselor muda sebagai pelatih.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan