Undi luar negeri bagi pilihan raya umum Myanmar bermula hari ini
Rakyat Myanmar di luar negeri mula mengundi bagi pilihan raya umum negara itu. Pengundian di luar negeri berlangsung selama 18 hari.

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Rakyat Myanmar di luar negeri mula mengundi bagi pilihan raya umum negara itu.
Pengundian di luar negeri berlangsung selama 18 hari.
Di Singapura, ada 32,000 rakyat Myanmar yang mendaftar untuk mengundi.
Memandangkan keadaan COVID-19 sekarang mereka diberi jadual masa untuk datang mengundi di Kedutaan Myanmar.
Pada hari pertama ini, ada pengundi yang datang seawal pukul 6.00 pagi.
Secara keseluruhannya hampir 110,000 rakyat Myanmar di luar negeri mendaftar untuk mengundi kali ini.
Jumlah itu jauh lebih banyak berbanding semasa pilihan raya umum 2015.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.