Undi Biden di Wisconsin bertambah selepas kiraan semula
Kiraan semula undi di wilayah Wisconsin sudah tamat dengan bakal Presiden Joe Biden meraih lebih banyak undi daripada sebelumnya.

Encik Joe Biden. (Gambar: Bernama)
WASHINGTON: Kiraan semula undi di wilayah Wisconsin sudah tamat dengan bakal Presiden Joe Biden meraih lebih banyak undi daripada sebelumnya.
Proses mengira semula undi itu yang dituntut Presiden Donald Trump, menyaksikan Encik Biden memperolehi tambahan 132 undi.
Kempen Encik Trump sudah menuntut kiraan semula undi bagi dua daerah paling ramai penduduk di wilayah Wisconsin.
Kiraan di satu lagi daerah, Dane County, dijangka selesai esok (29 Nov).
Proses kiraan semula itu melibatkan belanja tambahan S$4 juta.
Presiden Trump dan pasukannya dijangka mencabar juga keseluruhan keputusan di Wisconsin yang sepatutnya mengesahkan keputusan rasmi kiraan undi pada Selasa depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.