Undang-undang tentera dikuat kuasa di lebih 4 bandar di Yangon
Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Isnin (15 Mac) menguatkuasakan undang-undang tentera di Dagon Utara, Dagon Selatan, Dagon Seikkan dan bandar Okkalapa Utara di wilayah Yangon, lapor Xinhua.
(Gambar: Bernama)
YANGON: Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Isnin (15 Mac) menguatkuasakan undang-undang tentera di Dagon Utara, Dagon Selatan, Dagon Seikkan dan bandar Okkalapa Utara di wilayah Yangon, lapor Xinhua.
Majlis memberikan kuasa pentadbiran dan kehakiman kepada panglima wilayah Yangon untuk memastikan keamanan, ketenangan dan kedaulatan undang-undang, memetik pengumuman Pejabat Panglima Angkatan Tentera.
Pada Ahad, undang-undang tentera turut dikuat kuasa di Hlaingthaya dan Shwe Pyi Thar di wilayah Yangon setelah beberapa kilang di bandar tersebut dibakar.
Perintah darurat setahun diisytiharkan di Myanmar pada 1 Februari tahun ini dan pemerintahan negara diserahkan kepada Panglima Angkatan Tentera Sen-Jeneral Min Aung Hlaing, pengerusi Majlis Pentadbiran Negara yang baru dibentuk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.