Undang-undang senjata lebih ketat New Zealand lepasi undian pertama dengan mudah
Undang-undang baru untuk memperketat kawalan senjata api di New Zealand ekoran serangan di dua masjid di Christchurch, menerima sokongan padu apabila ia dibentangkan di Parlimen pada Selasa (2 Apr).
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern. (Gambar: Edgar Su/Reuters)
WELLINGTON: Undang-undang baru untuk memperketat kawalan senjata api di New Zealand ekoran serangan di dua masjid di Christchurch, menerima sokongan padu apabila ia dibentangkan di Parlimen pada Selasa (2 Apr).
Seramai 119 penggubal dasar mengundi untuk menyokong rang tersebut, berbanding satu yang menentang. Rang itu mengharamkan senapang separa automatik gaya tentera (MSSA) seperti yang digunakan dalam serangan pengganas 15 Mac oleh seorang pelampau haluan kanan kulit putih, yang mengorbankan 50 nyawa.
Menteri Polis Stuart Nash berkata serangan oleh tertuduh Brenton Tarrant menunjukkan bahawa sekatan sedia ada ke atas senjata api tidak mencukupi.
"Terlalu ramai orang di negara ini mempunyai akses kepada senjata api berbayaha ini tanpa tujuan yang wajar tetapi menimbulkan risiko tinggi kepada orang awam," tambah beliau.
Hanya David Seymour, seorang ahli politik konservartif Parti ACT, menentang rang tersebut.
Encik Seymour mengkritik para anggota parlimen yang dikatakan membuat keputusan tergesa-gesa dengan mempercepatkan proses yang biasanya memakan masa berbulan-bulan.
"Adalah penting kita mempertahankan tradisi penggubalan dasar yang tenang dan teguh pada setiap masa, terutamanya pada masa-masa sekarang," kata beliau dalam satu kenyataan.
"Cara terbaik menentang pengganasan adalah dengan tidak menghakis institusi demokratik kita."
"PERLU BERTINDAK PANTAS"
Encik Nash bagaimanapun mempertahankan tempoh singkat bagi pengharaman MSSA. Rang tersebut akan melalui dua lagi pusingan undian sebelum dilaksana secara formal sebagai undang-undang.
"Kita tidak mahu melihat serangan serupa itu di negara kita lagi," kata beliau. "Kita perlu bertindak pantas."
Kawalan lebih ketat - yang mungkin merangkumi senarai daftar senjata dan undang-undang lebih ketat penyimpanan senjata - dijadual diluluskan menjelang hujung tahun ini.
New Zealand mempunyai sekitar 1.5 juta senjata milik peribadi, atau purata 0.3 senjata bagi setiap orang. Ini termasuk sekitar 13,500 MSSA.
Kerajaan New Zealand juga menyatakan ia akan mengkaji semula undang-undang berhubung ucapan kebencian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.