Undang-undang keselamatan siber Vietnam bertujuan untuk lindungi hak online
Para pengkritik beri amaran undang-undang keselamatan siber kontroversial itu berpotensi untuk menyekat kebebasan bersuara
Gambar fail seorang lelaki yang melihat kepada skrin komputer. (Gambar: Xabryna Kek)
HANOI: Undang-undang keselamatan siber Vietnam yang baru diluluskan amat diperlukan untuk melindungi hak online dan mewujudkan "ruang siber yang selamat" menurut kementerian ehwal luar Vietnam, pada Khamis (19 Jul). Bagaimanapun undang-undang itu dikritik kerana memberi kuasa yang luas kepada pemerintah Komunis itu untuk memantau kegiatan atas talian dan ini bermakna “membahayakan kebebasan bersuara.”
Seramai 17 penggubal undang-undang Amerika Syarikat menulis kepada ketua eksekutif Facebook dan Google menggesa mereka untuk menolak perubahan yang ditetapkan undang-undang baru itu, mewajibkan syarikat teknologi asing menyimpan data-data peribadi pengguna di Vietnam serta membuka pejabat di negara itu.
Secara khusus, undang-undang baru berkenaan memberikan lebih banyak kawalan langsung berhubung penapisan online kepada Kementerian Keselamatan Awam yang ditugaskan mengekang tentangan politik yang timbul.
Undang-undang baru itu diluluskan bulan lalu dan dikuatkuasakan 1 Januari depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.