Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Unboxing isteri': Usahawan M'sia mengaku salah tapi bertegas masih jaga aurat

Baru-baru ini, ramai mengecam trend terbaru yang tular di TikTok, menunjukkan video suami melakukan ‘unboxing’ isterinya pada malam pertama perkahwinan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Unboxing isteri': Usahawan M'sia mengaku salah tapi bertegas masih jaga aurat

Tangkap layar daripada media sosial

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, ramai mengecam trend terbaru yang tular di TikTok, menunjukkan video suami melakukan ‘unboxing’ isterinya pada malam pertama perkahwinan.

Beberapa terlibat menerima kecaman hebat warga maya. Bukan itu saja, malah Timbalan Menteri Agama Ahmad Marzuk Shaary juga tampil menegurnya, lapor Malaysiakini.

Usahawan Amy Yusuff salah seorang yang terlibat sama dalam trend itu dan turut menerima tempiasnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini pada Khamis (13 Jan), Amy mengakui kapsyen yang digunakannya mungkin mengundang pelbagai reaksi.

Bagaimanapun, kata usahawan itu, beliau dan suami masih menjaga aurat.

“Amy tidak cakap apa yang Amy buat itu betul. Jadi, saya betul mengaku salah sebab ia salah saya dan mungkin kapsyen saya triggered orang dan sebagainya.

“Tapi kita masih, dalam video itu, aurat masih terjaga,” tekan wanita berusia 26 tahun itu.

Video perkahwinan Amy pada 11 Disember tahun lalu memaparkan sang suami membuka sesuatu pada tudungnya.

Dalam video yang berdurasi hanya beberapa saat itu, Amy antaranya meletakkan kapsyen “unboxing by husband” (dibuka oleh suami).

Di media sosial, video 'unboxing' (membuka kotak dan bungkusan) dan ulasan produk antara yang mendapat sambutan hangat.
 

Mengimbas kembali tindakan itu, Amy berkata video tersebut dicadangkan oleh keluarganya sendiri dan dibuat secara spontan dan segera sebelum dimuat naik ke TikTok.

TUTUP RUANGAN KOMEN

Sementara itu, mengulas kecaman terhadapnya, Amy berkata terdapat juga pihak yang memandang positif perkara tersebut.

Bagaimanapun, kata Amy, beliau menutup saja ruangan komen bagi mengelakkan perkara itu daripada berlarutan.

“Ada yang terima secara positif dan ada juga yang secara negatif. Di sini ada dua puak yang bergaduh.

“Jadi, Amy tutup bahagian komen. Ada yang bagi bad things (kata-kata buruk), contohnya bad words (kecaman).

“Tapi kata-kata buruk tidaklah sampai mencarut yang teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelm ini, trend unboxing isteri tular di media sosial dengan aktiviti memuat naik video menunjukkan suami sedang membuka aksesori pakaian isteri pada hari pertama perkahwinan mereka.

Perbuatan itu memberi gambaran perkara yang mereka lakukan sebelum 'malam pertama'.

Encik Ahmad menegaskan trend itu boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga.

Sumber : Agensi berita/FZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan