Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS umum sekatan baru visa terhadap anggota Taliban

Amerika Syarikat (AS) pada Rabu (1 Feb) mengumumkan sekatan baru visa ke atas anggota Taliban sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim itu menyekat hak asasi wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
AS umum sekatan baru visa terhadap anggota Taliban

(Gambar fail: AFP/Wakil Kohsar)

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) pada Rabu (1 Feb) mengumumkan sekatan baru visa ke atas anggota Taliban sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim itu menyekat hak asasi wanita.

“Sekatan itu dikenakan ke atas anggota Taliban atau bekas anggota dan individu lain yang dipercayai bertanggungjawab atau bersubahat dalam usaha menindas wanita serta gadis di Afghanistan melalui dasar sekatan dan keganasan termasuk keputusan Taliban untuk mengharamkan wanita dari memasuki universiti dan bekerja dengan NGO.

 “Ahli keluarga terdekat mereka yang terlibat juga mungkin tertakluk kepada sekatan visa itu,” kata Setiausaha Negara Antony Blinken dalam satu kenyataan, menurut Agensi Anadolu.

Encik Blinken berkata Taliban sekali lagi membuat keputusan tanpa menghiraukan kebajikan rakyat Afghanistan, yang menghalang akses lebih sejuta wanita Afghanistan kepada pendidikan.

Menurut beliau, Taliban tidak wajar mengharapkan pengiktirafan dan sokongan masyarakat antarabangsa selagi mereka tidak menghormati hak asasi manusia dan kebebasan asasi semua rakyat Afghanistan termasuk kaum wanita.

Pentadbiran Taliban dilaporkan akan mengambil langkah untuk menutup universiti kepada mahasiswa wanita sehingga diberitahu kelak dan menghalang kanak-kanak perempuan daripada menghadiri sekolah menengah, menyekat kebebasan wanita dan kanak-kanak, mengecualikan wanita daripada kebanyakan pekerjaan selain melarang mereka menggunakan beberapa kemudahan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan