AS umum pakej bantuan ketenteraan AS$345 juta kepada Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: AFP)
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat (28 Jul) mengumumkan pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$345 juta (S$459 juta) kepada Taiwan bertujuan untuk segera meningkatkan keupayaan Taipei menghalang kemungkinan berlakunya pencerobohan oleh China.
Menurut seorang pegawai, pakej tersebut, meliputi alat perisikan, pengawasan dan peninjauan serta peluru senjata api kecil. Ia akan diambil daripada rizab AS sendiri, membolehkannya dihantar pada garis masa lebih cepat berbanding proses biasa.
Seorang jurucakap Pentagon berkata ia akan membantu "keupayaan Taiwan untuk mencegah ancaman sekarang dan pada masa depan.
"Beberapa ciri pakej itu menangani keperluan stok peralatan pertahanan yang kritikal, kesedaran pelbagai domain dan keupayaan pertahanan udara serta antiperisai." tambah beliau.
"Kami sedang bekerja pantas untuk menghantar bantuan ketenteraan yang diumumkan, hari ini."
Menteri Pertahanan Taiwan mengucapkan terima kasih kepada Washington atas "komitmennya yang teguh terhadap keselamatan Taiwan".
"Taiwan dan AS akan terus bekerja rapat dalam isu keselamatan untuk memastikan keamaan, kestabilan dan status quo di Selat Taiwan," kata jurucakap Sun Li-fang.
Kongres telah memberi kuasa kepada Presiden Joe Biden untuk mengeluarkan stok ketenteraan AS, bagi membantu Taiwan. Ia seperti langkah Washington menyediakan jumlah bantuan yang besar kepada Ukraine sejak Rusia menceroboh negara itu pada Februari 2022.
Pakej itu adalah tambahan kepada penjualan alat ketenteraan bernilai hampir AS$19 bilion (S$25 bilion), termasuk pesawat F-16 dan sistem senjata utama lain yang diluluskan untuk Taiwan.
Beijing mendakwa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah China dan berikrar untuk merampasnya semula.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.