Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS umum pakej bantuan baru ketenteraan AS$2.6 billion bagi Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pada Selasa (4 Apr) pakej bantuan baru ketenteraan kepada Ukraine, bernilai AS$2.6 billion (S$3.4 bilion).

"AS akan terus ... membekalkan Ukraine dengan keupayaan untuk memenuhi keperluan segera negara itu di medan perang dan keperluan bantuan keselamatan bagi jangka panjang," menurut Pentagon dalam satu kenyataan.

Jabatan Pertahanan Amerika menyatakan bantuan baru itu termasuk tiga radar pantau serangan udara, roket-roket penangkis kereta kebal dan lebih 100 lori minyak.

Selain itu pelbagai jenis peluru akan dihantar lagi ke Ukraine termasuk untuk meriam, kereta kebal dan sistem pelancar roket HIMARS.

Bantuan baru itu diumumkan sedang Ukraine membuat persiapan untuk melancarkan serangan balas terhadap tentera Rusia dalam musim bunga ini.

Sebilangan besar bantuan itu sebanyak AS$2.1 bilion (S$2.8 bilion)adalah daripada pendanaan Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine, yang membiayai pemerolehan peralatan dari industri pertahanan.

Baki AS$500 juta (S$663 juta) dikeluarkan daripada stok AS yang sedia ada, bermakna ia akan tiba di medan perang lebih awal.

Dalam reaksinya, Kedutaan Rusia di Washington menuduh AS mahu memastikan konflik di Ukraine berlarutan selama yang boleh dan sekali gus menyebabkan lebih banyak korban jiwa.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan