Skip to main content

Dunia

AS umum bantuan ketenteraan tambahan lebih AS$2 bilion bagi Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
AS umum bantuan ketenteraan tambahan lebih AS$2 bilion bagi Ukraine

Gambar fail Setiausaha Negara AS Antony Blinken

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pakej senjata baru bernilai lebih AS$2 bilion (S$2.6 bilion) untuk Ukraine, termasuk roket HIMARS jarak jauh, lapor Agensi Anadolu.

Bantuan ketenteraan itu juga termasuk senjata pertahanan udara dan dron, kenderaan infantri berperisai, peluru berpandu antikereta kebal dan peluru meriam, kata Setiausaha Negara Antony Blinken dalam satu kenyataan.

"Kami memuji lebih 50 negara yang telah bersatu dalam solidariti dengan Ukraine kerana mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayahnya."

“Rusia boleh sahaja menamatkan perang tanpa provokasi hari ini. Sehingga ia berbuat demikian, kami akan bersatu dengan Ukraine," kata Encik Blinken.

Bantuan itu termasuk pengeluaran peralatan ketenteraan daripada simpanan AS yang sedia ada, bernilai AS$425 juta (S$562 juta) dan tambahan AS$1.75 bilion (S$2.3 bilion) daripada Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine Pentagon.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita