Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO ulangi komitmen sokong Anwar Ibrahim sebagai PM M'sia hingga akhir penggal

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO ulangi komitmen sokong Anwar Ibrahim sebagai PM M'sia hingga akhir penggal

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan. (Gambar fail: Bernama)

BANGI: Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan berkata UMNO kekal komited dalam menyokong kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal demi kestabilan politik negara.

Beliau berkata ia selaras dengan ketetapan yang dicapai dalam Pehimpunan Agung UMNO bulan lepas.

"Jadi apabila kita sokong kerajaan ini maksudnya Anwar adalah Perdana Menteri yang kita ada (hingga akhir penggal)… supaya wujud kestabilan dalam negara kita," katanya kepada para wartawan selepas melancarkan Program Inkubator Sukan Dron di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Isnin (13 Feb).

Encik Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata demikian ketika menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan hasrat untuk melihat Encik Anwar kekal sebagai Perdana Menteri terakhir dilantik di bawah pemerintahannya semasa pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15 pada Isnin.
 
Ahli Parlimen Pontian itu berkata arena politik negara kini sudah stabil dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan yang memperolehi sokongan 148 Ahli Dewan Rakyat iaitu lebih dua pertiga majoriti.

"Sejak Pilihan Raya Umum 2004, kali ini baru kita dapat majoriti sebanyak ini," katanya.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan