Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO tidak boleh paksa, PM Ismail Sabri berhak buat keputusan bubarkan Parlimen, kata Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:

SUBANG: UMNO tidak mempunyai kuasa untuk mendesak Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (RU15).

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempunyai majoriti sokongan dan kemampuan untuk membuat keputusan akhir.

"Keputusan harus dibuat Perdana Menteri, sekiranya Perdana Menteri mempunyai kekuatan dan boleh bertindak dengan waras sebagai Perdana Menteri," katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran buku Script: For A Better Malaysia, pada Ahad (2 Okt).

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini mencapai kata sepakat supaya pembubaran Parlimen harus diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini, lapor Astro AWANI. 

Dalam pada itu, Encik Anwar memaklumkan beliau akan membentangkan usul di Dewan Rakyat yang bakal bersidang semula minggu depan, berkenaan isu ekonomi yang telah menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia. 

"Saya akan bawa usul berkenaan kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Kita minta Perdana Menteri buat usul, beliau tak mahu jadi saya akan buat usul," ujarnya ringkas.

Ahli Parlimen Port Dickson itu dua hari lalu mengemukakan usul agar Dewan Rakyat membahaskan masalah ekonomi negara termasuk kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, melalui satu pemberitahuan bertulis.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan