Skip to main content

Dunia

UMNO tidak akan jalin semula hubungan dengan parti bermuslihat, tegas Ahmad Zahid

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO tidak berhasrat untuk menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan parti atau pemimpin yang bermuslihat.

Encik Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata kerjasama harus datang daripada keikhlasan dan bukan manipulasi serta beberapa tindakan yang tidak dialu-alukan, kerana penuh dengan muslihat.

“Mana-mana pemimpin dan parti yang sangat bermuslihat, saya tidak fikir kita (UMNO) harus jalin semula hubungan itu,” katanya ketika ditanya pemberita untuk mengulas laporan PAS masih terbuka untuk meneruskan agenda penyatuan ummah bersama UMNO.

Beliau ditemui media selepas majlis makan malam bersama duta dan wakil dari 29 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di Putrajaya pada Selasa (29 Ogos) malam.

Dilaporkan pada Selasa juga, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS masih mengambil sikap sedemikian, memandangkan ummah khususnya orang Melayu masih memerlukan penyatuan.

Reaksi Encik Tuan Ibrahim itu adalah sebagai mengulas kenyataan mantan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Tajuddin Abdul Rahman, yang menyatakan keperluan supaya semangat Muafakat Nasional (MN) dihidupkan kembali, khususnya membabitkan dua parti itu.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita