Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO terlalu sombong, pentingkan diri sendiri untuk laksana PRN Johor, kata Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO terlalu sombong, pentingkan diri sendiri untuk laksana PRN Johor, kata Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

MERSING: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim menyifatkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Barisan Nasional (BN) terlalu sombong serta mementingkan diri sendiri kerana ghairah untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor Astro AWANI.

Encik Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata UMNO terlalu yakin partinya boleh menang dan tidak memikirkan bahawa kos yang dibelanjakan untuk PRN itu sepatutnya boleh dibelanjakan bagi pembangunan rakyat.

“Dia (UMNO-BN) fikir dia menang pada PRN Melaka, mereka ingat boleh menang besar di Johor... tunggulah Pilihan Raya... sekarang jadi Menteri Besar jalankan dulu projek untuk rakyat.

“Kos PRN Johor ini dibahagikan kepada orang susah yang menganggur, subsidi minyak... tetapi mereka tidak gunakan otak... ini masalahnya, sombong sangat.

“Pengundi di Tenggaroh dan Endau, ini masanya untuk ajar mereka supaya jangan sombong sangat,” kata beliau ketika berucap semasa lawatan di Bilik Gerakan Utama PKR di bandar Mersing pada Khamis (3 Mac).

Turut hadir adalah calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, Zulinah A. Johari, dan juga calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Fakrulradzi Mahmud, yang akan bertanding merebut kerusi DUN Endau, lapor Astro AWANI.

Tambah Encik Anwar, beliau menganggap Mersing - yang sebelum ini terkenal sebagai kubu kuat BN - kini hanya 'sejarah' kerana gabungan itu didakwa tidak lagi mendapat sokongan masyarakat di kawasan Mersing.

“Endau dan Tenggaroh kubu kuat BN... betul... tapi itu semua dulu.

“Sekarang kita bertanding dan usaha untuk bagi pencerahan kepada rakyat kerana mereka tidak bodoh,” Astro AWANI memetik kata-kata beliau.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan