UMNO tentukan nasib Khairy Jamaluddin pada 27 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Nasib mantan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam parti itu hanya akan diketahui selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini (27 Jan).
Sebarang keputusan yang dibuat oleh MKT UMNO itu adalah berdasarkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO yang diadakan pada Rabu (25 Jan), lapor Sinar Harian.
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan mengesahkan perkara berkenaan kepada media selepas membuat tinjauan kerja ke tapak pembinaan perumahan program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi pada Rabu.
Berikutan pengesahan Encik Mohamad itu, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) mula menjadi tumpuan media sejak jam 4.00 petang.
Namun, tiada sebarang pengesahan dan maklumat lanjut mengenai mesyuarat yang sedang berlangsung.
Selain Encik Khairy, dipercayai Encik Noh Omar juga akan dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO pada 30 Januari depan.
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Encik Khairy mendakwa wujud percubaan untuk membawa masuk 'perwakilan import' bagi mengundi usul berkenaan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.