Skip to main content

Dunia

'UMNO' sudah hilang kompas moral dan nilainya, kata Mohamad Hassan

Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk berubah mengikut tuntutan zaman yang semakin mendesak merupakan antara tiga punca utama kejatuhan parti itu, kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.

Anggaran Waktu Membaca:
'UMNO' sudah hilang kompas moral dan nilainya, kata Mohamad Hassan

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan. (Gambar fail: Miera Zulyana)

Diterbitkan : 29 Sep 2018 08:13AM Dikemas Kini : 29 Sep 2018 08:24AM

KUALA LUMPUR: Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk berubah mengikut tuntutan zaman yang semakin mendesak merupakan antara tiga punca utama kejatuhan parti itu, kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.

Encik Mohamad berkata struktur, budaya, dasar dan pemikiran politik UMNO dan BN berlandaskan citra kurun ke-20, sedangkan Malaysia jauh berada dalam kurun ke-21.

“Tetapi yang sangat mendukacitakan ialah UMNO tewas kerana ia telah kehilangan kepercayaan orang Melayu. Kepada sesetengah orang Melayu, UMNO telah ‘hilang kompas moral dan nilainya’,” kata beliau dalam ucapan perasmian sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2018) pada 28 September.

PAU 2018 akan berlangsung selama dua hari, mulai hari ini (29 Sep).

Encik Mohamad juga berkata punca lain kegagalan UMNO adalah disebabkan oleh modenisasi Malaysia yang melahirkan generasi Melayu yang tidak lagi mempunyai nilai dan hubungan sentimental dengan UMNO.

Selain itu, dampak globalisasi yang dipacu oleh kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi juga melahirkan generasi baru Malaysia, iaitu generasi yang bukan sekadar mengangguk dan mengiyakan semua perkara atau ‘comfirmist’.

Justeru, beliau mengingatkan para anggota UMNO supaya bangkit semula dengan nilai, moral dan ideologi tuntas, serta melupakan nafsu untuk meraih kuasa.

“UMNO mesti kembali ke landasan lahiriahnya, kembali kepada ideologinya untuk membuah dan menciptakan kebaikan kepada bangsa Melayu,” kata Encik Mohamad.

Menurut beliau, UMNO juga perlu diposisikan semula dengan arus perubahan tempatan, nasional dan global dengan mempunyai pelan dan strategi sebagai parti yang moden.

Encik Mohamad turut mencadangkan ketiga-tiga pergerakan sayap untuk menggubal Pelan UMNO 2030 yang mengandungi hala tuju serta transformasi parti sebagai sebuah gerakan kebangkitan bangsa Melayu, selain strategi khusus untuk memenangi Pilihanraya Umum ke-15. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita