Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO sudah bersedia hadapi PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO sudah bersedia hadapi PRU15

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. (Gambar fail: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: UMNO sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bagaimanapun tarikh bila ia akan diadakan akan ditentukan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh PRU15 akan ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Kabinet.

"Parti adalah berbeza dengan kerajaan. Parti pun tahu kalau ada cadangan, saya bawa ke Kabinet dan Kabinet luluskan.

Jika Kabinet memutuskan tarikh, Kabinet akan memberi mandat kepada saya dan saya akan berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari segi prosedur," katanya ketika ditemui selepas jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO di Kuala Lumpur semalam (15 Mei).

Awal dari itu, Encik Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menghadiri Perhimpunan Agung Khas UMNO bagi meminda perlembagaan parti itu untuk membolehkan pemilihan parti diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas PRU.

Pindaan itu yang dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin diluluskan sebulat suara oleh 2,586 perwakilan yang hadir.

Mengulas mengenai pindaan berkenaan, Encik Ismail Sabri berkata UMNO akan memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mendapatkan kelulusan penangguhan pemilihan parti.

Apabila ditanya jika UMNO akan berdepan sebarang masalah dengan ROS, Encik Ismail Sabri berkata: "Kita tidak tahu, akan hantar permohonan untuk kebenaran tentang pindaan itu, kita tunggu dalam masa 60 hari harus hantar," katanya.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lalu.

Tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO penggal 2021/2023 perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan