Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO sasar tanding 42 kerusi PRN Johor

UMNO menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Timbalan Presidennya Mohamad Hasan.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: UMNO menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Timbalan Presidennya Mohamad Hasan.

“Minimum UMNO sahaja, 42 kerusi daripada 56,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini (24 Jan).

Mengenai kerjasama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi PRN itu, beliau berkata perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO.

Bagaimanapun, katanya UMNO Johor lebih cenderung untuk parti itu bergerak sendiri bersama Barisan Nasional (BN).

“Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Pengerusi BN negeri lebih cenderung untuk berseorangan, jadi kita akan bincang di peringkat jawatankuasa pusat dan akan diputuskan di Mesyuarat Khas MT,” katanya.

Pada 22 Januari, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN.

Pada Ahad (23 Jan), dilaporkan BN Johor bercadang bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN itu nanti.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan