UMNO, PH adakan perbincangan awal cari titik persefahaman hadapi Pilihan Raya Negeri
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
SEREMBAN: UMNO Negeri Sembilan mengadakan perbincangan awal dengan Pakatan Harapan (PH) negeri bagi mencari persefahaman menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) terutama membabitkan pembahagian kerusi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, berkata ia bagi memastikan tidak ada sebarang pertembungan kerusi antara PH dengan Barisan Nasional (BN) sekali gus memastikan dapat memenangi kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Semalam saya sudah jumpa Menteri Besar Aminuddin Harun untuk kali pertama...kita cari titik persefahaman supaya kerusi UMNO dan BN tidak bertembung dengan PH dalam PRN. Secara prinsipnya itu yang harus kita tumpu, insya-Allah akan dapat buat keputusan dalam waktu terdekat," kata Encik Jalaluddin.
Beliau, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO negeri pada Rabu (5 Apr).
Mengenai calon ‘poster boy’ Menteri Besar di negeri itu, Encik Jalaluddin berkata perkara tersebut akan ditentukan kepimpinan tertinggi parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.