Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO perlu 'disuntik' keluar, kata Naib Pengerusi DAP

UMNO sudah lama sakit dan perlu 'disuntik' keluar terus supaya tidak terus membawa 'penyakit' kepada negara, kata Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran.

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO perlu 'disuntik' keluar, kata Naib Pengerusi DAP

Majlis pembukaan Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur pada 7 Disember 2017. (Gambar: Choon Hiam/AP)

Diterbitkan : 06 Apr 2019 07:51AM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 07:55AM

SEREMBAN: UMNO sudah lama sakit dan perlu 'disuntik' keluar terus supaya tidak terus membawa 'penyakit' kepada negara, kata Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran.

Beliau mengingatkan bahawa krisis kewangan yang dihadapi negara kini adalah berpunca daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) berkenaan yang memerintah negara selama 60 tahun.

"Ini negara banyak susah, banyak sakit bukan kerana kita tak ada wang, ini negara patut banyak kaya, tetapi sudah jadi roti kaya. Pasal apa? pasal UMNO sudah belasah semua wang.

“Ini semua Tok Mat (Encik Mohamad Hasan) punya parti, Tok Mat punya orang UMNO, ini semua terlibat, kita tak boleh cakap mereka tak terlibat," katanya pada sesi ceramah kelompok Pakatan Harapan (PH) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, semalam (5 Apr).

Turut hadir Setiausaha Agung DAP, yang juga Menteri Kewangan, Encik Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, yang juga Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke Siew Fook.

Encik Kula Segaran, yang juga Menteri Sumber Manusia, turut menyentuh soal peluang pekerjaan kepada golongan belia di Rantau yang dakwanya tidak diberi perhatian oleh Encik Mohamad sepanjang menjadi Menteri Besar dan Anggota DUN Rantau selama tiga penggal.

Pada PRK berkenaan, PH meletakkan pakar bius Dr S. Streram yang akan berhadapan Encik Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang mewakili BN dan dua calon Bebas iaitu suri rumah Cik R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Encik Mohd Nor Yassin.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan