UMNO, PAS setuju daftar secara rasmi Muafakat Nasional
Kepimpinan UMNO dan PAS bersetuju mendaftarkan secara rasmi perikatan Muafakat Nasional (MN).

(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Kepimpinan UMNO dan PAS bersetuju mendaftarkan secara rasmi perikatan Muafakat Nasional (MN).
Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama oleh kedua-dua Setiausaha Agung UMNO dan PAS, Encik Annuar Musa dan Encik Takiyuddin Hassan.
Menurut kenyataan tersebut, kepimpinan MN mencapai kata sepakat untuk memberikan komitmen sepenuhnya bagi mengukuhkan perpaduan dan kerjasama antara kedua-dua parti sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.