Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO, PAS Selangor elak bertembung pada PRU15

Anggaran Waktu Membaca:

TANJUNG KARANG: UMNO dan PAS Selangor akan memastikan tiada pertembungan sesama mereka di Tanjung Karang ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar berkata pembahagian kerusi sudah dibincang secara dasar oleh kedua-dua parti itu di peringkat negeri sebelum tertubuhnya Perikatan Nasional lagi.

"Kalau UMNO bertanding di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) harus ada PAS dan sebaliknya dan elak bertembung satu sama lain," katanya pada sidang akhbar dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Tanjung Karang di Tanjung Karang hari ini (7 Mei).

Encik Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata pihaknya berharap tindakan itu akan mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti masing-masing dengan sasaran memenangi lebih 30 daripada 56 kerusi DUN di Selangor pada PRU15 nanti.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata di Selangor, musuh politik bagi PAS dan UMNO adalah Pakatan Harapan (PH).

"Realitinya pada PRU14, UMNO ada pengundi asas sendiri dan begitu juga PAS. Kebersamaan dan muafakat ini kalau ditunjukkan kepada rakyat, kita boleh jatuhkan PH. Kalau bertembung tiga penjuru, tidak akan ke mana," katanya.

Ketika ditanya sama ada PAS bersedia bertembung dengan Bersatu di Selangor, beliau menjelaskan perkara itu adalah keputusan peringkat pimpinan tertinggi parti itu.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan