Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO Negeri Sembilan dalam proses senarai pendek calon PRN; akan serah kepada Ahmad Zahid

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO Negeri Sembilan dalam proses senarai pendek calon PRN; akan serah kepada Ahmad Zahid

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan Jalaluddin Alias. (Gambar fail: Agensi berita)

JELEBU: UMNO Negeri Sembilan sedang dalam proses menyenarai pendek calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Jalaluddin Alias berkata, calon-calon tersebut mestilah mereka yang mempunyai potensi tertinggi untuk menang.

"Calon-calon yang disenarai pendek dan ada markah tertinggi, kemungkinan diberi peluang.

"Bukannya kita ambil dia kerana dia ketua bahagian atau penyandang kerusi itu, tetapi kali ini saya memikirkan kemenangan dan tiada kompromi soal itu," katanya seperti agensi berita Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tautan Kasih dan Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Jelebu di Kompleks UMNO Bahagian Jelebu di Simpang Pertang pada Selasa (18 Apr).

Encik Jalaluddin berkata, kesemua calon akan melalui proses penilaian dan tapisan sebelum nama mereka disenarai pendek untuk diserahkan kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi untuk dibuat keputusan akhir.

Ahli Parlimen Jelebu itu berkata, UMNO juga bersedia memberikan salah satu kerusi daripada 15 kerusi yang dimenangi sebelum ini kepada MCA sekiranya parti itu didapati mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang.

"Contohnya, kerusi DUN Pertang, jika setelah kajian dibuat UMNO tidak boleh menang dan MCA lebih berpeluang, maka kerusi itu akan diberi kepada MCA.

"Jika MCA boleh menang kenapa tidak kita beri kerusi itu kepada mereka? Saya akan beri pertimbangan sebaik mungkin, yang penting mereka mesti boleh menang. Itu jadi kriteria penting," katanya, lapor Sinar Harian.

Ujarnya lagi, beliau telahpun berjumpa dengan kepimpinan MCA dan MIC untuk menerangkan perkara itu dan apa yang penting masing-masing perlu menerima sebarang kemungkinan yang berlaku.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemimpin BN dan PH perlu menjaga sensitiviti ahli parti dan penyokong dengan tidak mengeluarkan kenyataan atau melakukan tindak- tanduk yang boleh menyentuh perasaan antara satu sama lain.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan