UMNO komited pertahan Kerajaan Perpaduan, kata Ahmad Zahid
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA NERANG: UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu yakin hanya dengan berada dalam kerajaan semasa, pelbagai manfaat dapat dinikmati oleh semua termasuk di peringkat akar umbi.
"Ada tak usaha untuk mengurangkan majoriti dan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri? Jawapannya ya. Kita akan pertahankan Kerajaan Perpaduan kerana yakin bahawa lebih banyak manfaat diperoleh jika berada dalam Kerajaan Perpaduan.
"Antaranya agenda Islam dan Melayu menjadi teras perjuangan tanpa mengetepikan kaum dan agama lain," katanya dalam ucapan sempena Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO Bersama UMNO Bahagian Padang Terap di Kuala Nerang, Kedah, pada Sabtu (4 Mei).
Beliau berkata pihaknya juga berterima kasih kepada rakan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang sentiasa bersama UMNO, terutama pada beberapa pilihan raya kecil (PRK) sehingga parti itu memperoleh kemenangan sebelum ini.
"Kita lihat di PRK Tioman dan PRK Pelangai, kita menang kerana rakan-rakan (Pakatan Harapan) bantu. Kini di Kuala Kubu Baharu, tidak salah UMNO bantu sebab mereka pernah bantu kita. Jentera UMNO wajib bekerja keras menangkan calon Kerajaan Perpaduan," katanya.
Encik Ahmad Zahid juga berkata walaupun UMNO hanya memiliki 26 kerusi di Parlimen, ia sebenarnya bukanlah menunjukkan bahawa pihak pembangkang kuat.
"Yakinlah mereka tidak kuat tapi kita yang lemah. Kenapa kita lemah? Sebab ada dalam kalangan kita yang terpengaruh dengan propaganda mereka," katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.