Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO Ketereh sokong keputusan Majlis Tertinggi namakan Ismail Sabri calon PM ke-10

Anggaran Waktu Membaca:

KOTA BHARU: UMNO Bahagian Ketereh sebulat suara menyokong keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menamakan Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sokongan itu merupakan salah satu daripada lima usul yang dipersetujui sebulat suara semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Ketereh pada Jumaat (14 Okt). 

Bahagian berkenaan juga menyokong segala usaha kerajaan pimpinan Encik Ismail Sabri yang memberikan keutamaan kepada usaha transformasi kerajaan, khususnya transformasi Parlimen, peralihan ke fasa endemik, pemulihan ekonomi negara, menangani inflasi dan kos sara hidup rakyat, membela nasib rakyat serta mengekalkan keamanan dan perpaduan Keluarga Malaysia berteraskan prinsip Kebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuran. 

UMNO Ketereh juga merakamkan kesyukuran dan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Encik Ismail Sabri yang telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan prestasi cemerlang.

Selain itu, UMNO Ketereh juga menyokong supaya perundingan penyatuan ummah diteruskan dengan UMNO kekal mengambil sikap terbuka untuk merealisasikan penyatuan bangsa Melayu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum kali ini.

UMNO bahagian itu juga menyatakan kesediaan jentera pilihan rayanya untuk menghadapi PRU15 dengan semangat juang tinggi, setia kepada parti serta berkhidmat bersama komponen dan Sahabat Barisan Nasional untuk mencapai kemenangan buat parti dalam PRU kali ini.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan