UMNO kemuka maklumat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan M'sia berhubung usul tidak tanding dua jawatan tertinggi parti
Anggaran Waktu Membaca:

Barisan bendera UMNO berlatarbelakangkan Menara Dato' Onn yang menempatkan ibu pejabat UMNO. (Gambar fail: Jimin Lai/AFP)
PUTRAJAYA: UMNO sudah mengemukakan semua maklumat yang diperlukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata segala penjelasan serta maklumat yang diperlukan telah diserahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan kepada jabatan itu.
“Kami diberi masa 60 hari untuk memberikan penjelasan terperinci. Saya percaya setiausaha agung kami telah memenuhi semua permintaan RoS dan memberikan semua maklumat yang diperlukan,” kata beliau pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada Khamis (9 Feb).

Encik Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan aduan dua ahli UMNO pada 20 Januari lalu kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022.
Aduan berhubung dua jawatan yang tidak dipertandingkan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022.
Majoriti perwakilan yang hadir pada perhimpunan agung parti itu menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang.
Encik Ahmad Zahid berkata perjalanan perhimpunan agung parti itu mengikut peraturan dan perlembagaan parti.
“Pada hemat saya adalah adil RoS dengar penjelasan dan aduan kedua-dua belah pihak bagi wujudkan suasana harmoni dikalangan ahli dan kepimpinan agar tidak timbul taksiran atau interpretasi pelbagai,” kata beliau.
Ditanya sama ada UMNO sudah menerima surat rayuan daripada Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram Maulizan Bujang yang digantung keahliannya, Encik Ahmad Zahid berkata beliau belum menerima lagi menerimanya.
“Saya tidak menerima (apa-apa) surat rayuan (daripada mereka)... (jika mereka memberi surat itu) saya akan terima dan serahkan kepada lembaga disiplin untuk mengkajinya,” kata beliau.
Keahlian Encik Hishammuddin dan Encik Maulizan dalam parti digantung selama enam tahun.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.