Skip to main content

Dunia

UMNO kalah di 89 kerusi; Zahid perlu letak jawatan, kata Idris Jusoh

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO kalah di 89 kerusi; Zahid perlu letak jawatan, kata Idris Jusoh

Ahmad Zahid di Perhimpunan Agung UMNO. (Gambar fail: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Mantan Pengerusi UMNO Terengganu Idris Jusoh mahu presiden parti itu bertanggungjawab di atas kekalahan besarnya dalam enam Pilihan Raya Negeri pada Sabtu (12 Ogos), lapor Malaysiakini.

Encik Idris dalam satu hantaran ringkas di Facebook menggesa Encik Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan keputusan pengundian itu.

"UMNO kalah teruk di PRN semalam. UMNO kalah 100 peratus di Terengganu.

"Zahid Hamidi perlu letak jawatan," katanya, seperti dinukil laporan Malaysiakini.

Pilihan raya bagi enam negeri pada Sabtu (12 Ogos) menyaksikan UMNO hanya meraih 19 kerusi DUN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Keputusan menunjukkan gabungan PH-BN hanya berjaya di Negeri Sembilan apabila menang majoriti dua pertiga dengan BN menyumbang 14 dari 30 kerusi untuk kerajaan negeri.

BN gagal menyumbang lebih dari dua kerusi kepada gabungan itu di semua negeri lain, termasuk di Kedah.

Di Terengganu, kedua-dua BN dan PH gagal meraih kemenangan dan PN menyapu bersih semua kerusi DUN.

Sementara itu, mantan ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menjangkakan Encik Zahid tidak akan berundur walaupun BN menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya negeri.

"Zahid Hamidi tak akan turun. UMNO akan kekal seperti biasa. UMNO akan buat tak tahu. Sebab saya punya ramalan seperti Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, sama juga.

"UMNO kena bantai teruk pun, dia akan buat tak tahu," katanya seperti dipetik media tempatan semalam.
Sumber : Agensi berita/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita