Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO Johor tolak 'spekulasi' bubar Dewan Undangan Negeri

UMNO Johor hari ini (15 Jan) menolak ‘spekulasi’ berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang dikatakan berlaku hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:

KULAI: UMNO Johor hari ini (15 Jan) menolak ‘spekulasi’ berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang dikatakan berlaku hari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Samsolbari Jamali berkata UMNO Johor juga tidak membuat sebarang perbincangan mengenai hal itu.

“Tiada, kita belum ada lagi perbincangan, ia hanya satu spekulasi, sesiapapun boleh buat spekulasi, tetapi pada masa sama, seperti biasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bekerja terus.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga sekarang, kami kekalkan berkhidmat untuk rakyat dan sehingga sekarang kami tumpukan kepada kerja-kerja COVID-19 dan banjir,” katanya kepada pemberita selepas hadir Program Seminar Pemantapan Jentera PRU15 Parlimen Kulai di Senai hari ini.

Turut hadir pada program secara tertutup itu ialah Menteri Besar Johor Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.

Kerajaan negeri Johor yang kini dipimpin BN, mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di DUN susulan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kempas Osman Sapian, meninggal dunia pada 21 Disember tahun lalu.

Barisan Nasional kini mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11), PAS (satu) dengan 28 kerusi manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi dari keseluruhan 56 kerusi DUN.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan