Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO Johor setuju adakan PRN, Menteri Besar hadap Sultan izin bubar DUN

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO Johor setuju adakan PRN, Menteri Besar hadap Sultan izin bubar DUN

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad (tengah). (Gambar: Pejabat Ketua Menteri Johor)

JOHOR BARU: Menteri Besar Johor Hasni Mohamed berkata beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada pukul 5.00 petang ini (22 Jan) untuk mendapatkan izin bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membuka jalan untuk pilihan raya diadakan.

Encik Hasni mengumumkan demikian kepada wartawan hari ini selepas mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua bahagian UMNO untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PKP) Johor.

"Saya akan mengadakan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Kota Iskandar sekejap lagi sebelum menghadap Tuanku," kata Encik Hasni sambil menambah ia bagi memberi taklimat mengenai
perbincangan di mesyuarat UMNO.

"Saya telah mendapat persetujuan daripada badan perhubungan UMNO untuk diadakan Pilihan Raya Negeri Johor."

Tambah beliau satu sidang media akan diadakan pada 6.00 petang ini untuk memberi lebih banyak penjelasan berhubung perkara itu.

Awal minggu ini, Encik Hasni berkata beliau perlu berhati-hati dan peka terhadap kestabilan kerajaaan negeri Johor memandangkan DUN itu mempunyai majoriti tipis.

Beliau menambah kestabilan dalam kerajaan negeri Johor adalah syarat penting bagi sebilangan pelabur dan perniagaan untuk mengembangkan operasi mereka di wilayah selatan itu.

Encik Hasni berkata: "Berkaitan perlunya mengadakan pilihan raya, saya sudah mengatakan bahawa, saya tidak boleh menolaknya. Saya sudah mengkaji dan meneliti perkara itu. Suara-suara daripada pelbagai parti tidak boleh diabaikan."

Khabar angin mengenai PRK Johor akan diadakan bertiup kencang berikutan kematian anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Osman Sapian yang juga ADUN Kempas.

Bersatu merupakan salah satu komponen utama kerajan negeri Johor, di samping perikatan Barisan Nasional (BN), pimpinan UNMO.

Pemergian Allahyarham bermakna perikatan tersebut kini memiliki majoriti tipis satu kerusi dalam DUN Johor, iaitu 28 daripada keseluruhan 56 kerusi.

Perikatan pembangkang Pakatan Harapan (PH), yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah) and Parti Keadilan Rakyat (PKR), mempunyai 27 kerusi.

Kerajaan Johor terdiri daripada 16 ADUN dari BN dan 12 dari Perikatan Nasional.

Pada Disember, speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat memberitahu Malay Mail bahawa pilihan raya negeri bagi Kempas tidak akan diadakan menyusuli pemergian Allahyarham Osman.

Beliau menjelaskan bahawa kerusi tersebut sudah kosong lebih tiga tahun selepas penjawatnya menang dalam pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.

Sekalipun demikian, terdapat gesaan daripada pihak-pihak tertentu dalam UMNO yang mahu DUN itu dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan dalam jangka terdekat.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor Nur Jazlan Mohamed memberitahu Mediacorp minggu lalu bahawa kerajaan negeri Johor berada dalam "kedudukan bahaya" memandangkan ia mempunyai majoriti tipis, hanya lebih satu kerusi sahaja.

"Menteri Besar tidak mempunyai sokongan setiap orang meskipun terdapat persetujuan. Lebih baik mereka menyelesaikannya dengan mengadakan pilihan raya dan memberi mandat kepada masyarakat," kata beliau ketika itu.

Encik Nur Jazlan menambah sekarang adalah masa yang tepat untuk UMNO memanfaatkan sokongan masyarakat, memandangkan prestasi parti itu semasa pilihan raya negeri Melaka pada November lalu, di mana BN yang dipimpin UMNO menguasai 21 daripada 28 kerusi.

Pihak pembangkang, bagaimanapun, menegaskan bahawa sekarang bukan masa yang seuai untuk mengadakan pilihan raya, disebabkan penularan varian Omicron dan sebahagian Johor masih pulih daripada banjir.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong memberitahu Mediacorp bahawa tekanan untuk diadakan pilihan raya mungkin datang daripada anggota UMNO yang berpihak kepada mantan perdana menteri Najib Razak.

"Pihak UMNO yang menyokong Najib Razak sedang menggesa agar diadakan pilihan raya kilat Johor untuk menggoyangkan kerajaan Ismail Sabri sekali gus mendorong diadakan pilihan raya kilat di peringkat nasional, yang dipercayai Najib akan membawa manfaat kepada dirinya dan juga mereka yang berpihak kepadanya," kata Encik Liew.
 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan