Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO JB harap tiada pihak tuding jari kepada parti berhubung kes ugut, bakar pejabat PKR

Cara menyelesaikan sesuatu isu berkaitan politik melalui ugutan adalah di luar budaya dan bukan amalan ahli UMNO, kata Ketua Penerangan UMNO bahagian Johor Bahru,Saipuddin Yusoff.

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO JB harap tiada pihak tuding jari kepada parti berhubung kes ugut, bakar pejabat PKR

Bendera UMNO. (Gambar: BERNAMA)

JOHOR BAHRU: Cara menyelesaikan sesuatu isu berkaitan politik melalui ugutan adalah di luar budaya dan bukan amalan ahli UMNO, kata Ketua Penerangan UMNO bahagian Johor Bahru,Saipuddin Yusoff.

Beliau, yang merujuk kepada satu kes ugutan bunuh terhadap seorang Ahli Parlimen serta kebakaran pejabat sebuah parti politik semalam (28 Ogos), berkata UMNO dan warga Johor menterjemahkan ketidakpuasan hati hanya melalui peti undi sepertimana yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu.

"Diharap jangan sesekali ada mana-mana pihak mencari publisiti murahan dengan mengaitkan insiden itu dengan menuding jari kepada ahli UMNO Johor Bahru, sebelum lengkapnya siasatan pihak polis.

"Budaya samseng jalanan, peras ugut, reformasi dan merosakkan harta benda awam bukanlah budaya yang lahir dari DNA UMNO sama sekali," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pada Ahad, media melaporkan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang pemilik akaun Facebook pada hari Khamis dan Jumaat lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu pada masa sama dilaporkan berkata Pejabat Cabang PKR Johor Bahru di Larkin, yang juga merupakan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru ,disyaki dibakar kira-kira jam 6.00 pagi pada Ahad.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan