UMNO ikrar kembali jadi parti dominan dalam politik Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO pada 23 Ogos 2024. (Gambar: Fadza Ishak/CNA)
KUALA LUMPUR: UMNO berikrar untuk kembali menjadi parti dominan dalam politik Malaysia dan bebas memilih mana-mana parti untuk menjadi rakan kongsi politiknya.
Berucap di Perhimpunan Agung UMNO, Presidennya yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menekankan, walaupun UMNO adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, ia tidak pernah disekat untuk memasang cita-cita besar berkenaan.
Hampir dua tahun menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan, UMNO masih dalam proses menyesuaikan diri bekerjasama dengan bekas seterunya, Pakatan Harapan.
Dalam ucapan hampir satu jam setengah pada Jumaat (23 Ogos), Encik Ahmad Zahid menegaskan seandainya perjuangan agenda Melayu dan Islam dipersenda dalam kerjasama dengan mana-mana parti, UMNO tidak akan teragak-agak untuk menghentikan kerjasama berkenaan.

"Untuk jadi dominan semula, tiada siapa boleh bantu kita. Kita perlu bantu diri sendiri untuk mengukuhkan parti. Ketepikan perbezaan kita. Masalah yang kita hadapi di akar umbi adalah disebabkan pertikaian peringkat kepimpinan.
"Pemilihan parti masih jauh lagi. Menang pilihan raya dahulu. Bentuk kerajaan seterusnya," tegas beliau.
SOKONGAN KUKUH DALAM UMNO BAGI AHMAD ZAHID: PENGANALISIS
Pemilihan kepimpinan UMNO akan hanya berlangsung pada 2026.
Namun, Encik Zahid sudah memberi bayangan bahawa sebarang pertandingan jawatan parti akan hanya berlangsung selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang perlu diadakan menjelang 2027.
Bermakna, tiada cabaran kepada kepimpinan UMNO.
Para pengamat percaya sokongan bagi Encik Zahid dalam parti kelihatan teguh setakat ini.
Pengurus Kanan IDEAS Malaysia Aira Azhari berkata: "Menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah satu rangsangan buat beliau walaupun beliau didakwa, beliau berjaya bangkit. Jadi kelihatan seperti tiada persaingan hebat dalam parti bagi jawatannya."
Meski hanya menang 26 kerusi dalam PRU15, UMNO masih memimpin empat negeri iaitu Johor, Melaka, Pahang dan Perak.
Menyentuh mengenai mantan Perdana Menteri Najib Razak, Encik Ahmad Zahid berkata perjuangan UMNO dalam membela nasib mantan presiden parti itu tidak pernah terhenti.

Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.