UMNO gugur dari perjuangan asal, kata Dr Mahathir
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Bernama)
SHAH ALAM: Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO sudah gugur daripada perjuangan asalnya dan kini yang tinggal hanyalah demi menyelamatkan pemimpin bergelumang dengan jenayah.
Mantan Perdana Menteri itu turut mempersoalkan perjuangan asas UMNO yang menjadi alat untuk kepentingan pemimpinnya, lapor Sinar Harian.
"Apakah UMNO sudah menjadi alat untuk kepentingan pemimpin, adakah ini perjuangan UMNO.
"UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. Parti UMNO tidak ada lagi," katanya menerusi hantaran di Facebook akaun miliknya pada Jumaat (24 Mac).
Dr Mahathir turut mengulas mengenai ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bimbang sentimen permainan kaum dan agama terus menular dengan meminta kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.
Tambah Dr Mahathir, keputusan MKT itu bertentangan dengan Perlembagaan UMNO Perkara 3.3 yang menyebut UMNO parti membela kepentingan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli termasuk perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, menurut Sinar Harian.
Beliau yang juga mantan Presiden UMNO berkata, sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh mereka pun tidak dibenarkan.
"Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap bersifat perkauman.
"Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah kamu sendiri, sentuh kaum lain dan mengenai ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara mereka," jelasnya, seperti yang dipetik oleh Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.