Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO gesa kerajaan buka parlimen dalam tempoh 14 hari

Pembukaan Parlimen akan memungkinkan Encik Ahmad Zahid Hamidi memutuskan jajaran politik baru bersama PKR atau (dan) DAP bagi membentuk kerajaan berwibawa.

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO gesa kerajaan buka parlimen dalam tempoh 14 hari

Encik Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Jun 2021 04:09PM Dikemas Kini : 21 Jun 2021 04:11PM

KUALA LUMPUR: Pembukaan Parlimen akan memungkinkan Encik Ahmad Zahid Hamidi memutuskan jajaran politik baru bersama PKR atau (dan) DAP bagi membentuk kerajaan berwibawa.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Ahmad Tajuddin Sulaiman menegaskan, keputusan itu tidak mustahil dilakukan presiden parti namun perlu dilakukan di dalam Dewan Rakyat.

Jelasnya kepada Astro Awani, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku termasuk kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan parti lain di luar kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Pengiktirafan dunia terhadap kerajaan adalah juga bergantung kepada amalan demokrasi yang bertunjangkan semua keputusan di dalam Dewan Rakyat.

"Sebarang keputusan di luar Dewan adalah dianggap tidak demokratik, dan kesan langsungnya, negara-negara dunia yang mengamalkan demokrasi akan mengetepikan Malaysia.

"Keputusan dalam Dewan Rakyat dan Parlimen, muktamad, berwibawa, legitimate.

"Sebarang keputusan di luar Dewan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) dan sebagainya boleh dipertikaikan pada bila-bila masa, menjadikannya tidak muktamad dan tidak legitimate," katanya kepada Astro Awani.

Sebelum ini, Encik Ahmad Zahid menyatakan pendirian tegas parti mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah dan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Jelasnya, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.

Encik Ahmad Tajuddin menjelaskan, institusi presiden bermaksud, presiden tegas dan kekal dengan ideologi parti.

Selain itu, katanya, presiden juga perlu tegas kekal dengan apa juga keputusan Perhimpunan Agung UMNO, lapor Astro Awani.

Tegasnya, keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO bukan perkara dasar, sepertimana yang dibuat Perhimpunan Agung UMNO.

Encik Ahmad Tajuddin sebelum ini pernah menjelaskan, jajaran politik baru UMNO bersama DAP dan PKR tidak mustahil boleh berlaku memandangkan PAS dulu pernah bersama kedua-dua parti itu di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, ahli-ahli UMNO khususnya perlu menerima kemungkinan situasi itu jika norma baru politik tersebut benar-benar berlaku.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan