Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO dan BN akan terus bersama kerajaan perpaduan hingga PRU16: Ahmad Zahid Hamidi

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO dan BN akan terus bersama kerajaan perpaduan hingga PRU16: Ahmad Zahid Hamidi

(Gambar fail: Arif Kartono / AFP)

Diterbitkan : 23 Dec 2024 10:28AM Dikemas Kini : 23 Dec 2024 11:06AM
SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad (22 Dis)memberikan jaminan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponen, akan terus memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga berpeluang untuk terus mengekalkan kemenangan pada PRU16 itu, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyatuni rakyat terus diberikan keutamaan.

“Saya ingin respons apa dinyatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat, pertanyaan wartawan kepadanya ketika itu, adakah Kerajaan Perpaduan boleh bertahan jika pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat, beliau yakin boleh bertahan.

“Dalam keadaan itu saya ingin menyatakan bahawa kerjasama UMNO dan BN dengan Kerajaan Perpaduan (akan berterusan) sehingga PRU16,” katanya selepas majlis Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024 di Seremban pada Ahad, yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Sabtu (21 Dis) yang menyatakan keyakinan Kerajaan Perpaduan mempunyai kelebihan untuk menang jika PRU diadakan dalam tempoh terdekat.

Ahmad Zahid pada masa yang sama turut menegaskan ketaatan dan kesetiaan adalah perkara keutamaan dalam kepimpinan parti.

Selain itu, beliau turut memuji barisan menteri BN yang menunjukkan prestasi cemerlang termasuk Menteri Luar Mohamad, yang menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Dalam ucapannya sebelum itu, Dr Ahmad Zahid turut menggesa pemimpin BN supaya memperkukuh struktur dalaman parti, mendekati rakyat dan memahami aspirasi generasi muda, pemerkasaan teknologi dan media sosial, dan menggerakkan jentera secara menyeluruh bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Permasalahan timbul dalam PRU14 dan PRU15 ialah ramai pemain sepatutnya ada semangat sepasukan tetapi tendang bola dalam gol sendiri, akhirnya kecundang.

“Hakikatnya kita mesti berperanan di posisi masing-masing sebagai pemain dalam pasukan bola agar kemenangan memihak kepada kita, pasukan BN jangan tendang bola ke dalam gol sendiri,” katanya.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan