UMNO, BN terus dukung kerajaan Perpaduan, kata Ahmad Zahid
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pimpinan baru UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung dan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan.
Presiden UMNO itu berkata berdasarkan keputusan Pemilihan UMNO 2023 yang berakhir pada Sabtu (18 Mac), ia jelas menunjukkan bahawa setiap peringkat kepimpinan nasional serta akar umbi parti itu memberi dukungan sepenuhnya kepada keutuhan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Manifestasi ini cukup jelas kerana kita lihat walaupun ada usaha untuk menggugat kerajaan yang ada sekarang namun ia jelas ditolak oleh perwakilan (UMNO),” kata beliau yang juga Pengerusi BN selepas menghadiri Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam tadi (19 Mac).
Mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan turut dihadiri beberapa pimpinan tertinggi parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Selain sokongan UMNO dan parti komponen BN, Encik Ahmad Zahid yakin setiap parti termasuk dari Sabah dan Sarawak di bawah Kerajaan Perpaduan juga akan terus mendukung kerajaan ini.
“Maka kombinasi 20 parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan akan diperkuatkan lagi dengan pimpinan baharu UMNO dan seterusnya insya-Allah akan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Johari Abdul Ghani diumumkan memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bagi sesi 2023-2026.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.