Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UMNO belum putuskan kerjasama dengan parti lain bagi PRN Melaka

UMNO belum membuat keputusan sama ada akan bergerak secara sendirian atau bekerjasama dengan mana-mana parti lain setakat ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Anggaran Waktu Membaca:
UMNO belum putuskan kerjasama dengan parti lain bagi PRN Melaka

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 08:04AM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 08:05AM

SEREMBAN: UMNO belum membuat keputusan sama ada akan bergerak secara sendirian atau bekerjasama dengan mana-mana parti lain setakat ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu dalam waktu terdekat dengan mengambil kira segala pandangan dan kaji selidik daripada setiap bahagian.

“Parti belum buat keputusan lagi (setakat ini), keputusan akan dibuat daripada Mesyuarat MT, jadi semua keputusan nanti kita bincang daripada syor biro politik dan pandangan lain secara teliti, pengakhirannya kita akan tengok mana beri kebaikan, masuk pilihan raya nak menang bukan nak pesta.

"Apa jua keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut dan presiden parti akan buat kenyataan, setakat hari ini tiada keputusan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Taklimat dan Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan UMNO 2021, Bahagian Rembau pada Rabu (20 Okt).

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata sekiranya UMNO bergerak sendirian, parti itu sudah menyasarkan kerusi yang akan ditandingi namun perancangan itu akan diolah kembali jika UMNO memutuskan bekerjasama dengan parti lain.

"Secara umumnya, UMNO sudah tahu mana kerusi-kerusi yang kita hendak bertanding, cuma jika ada pihak lain (kerjasama parti lain) kita akan ubah semula (pembahagian kerusi).

“Ini semua terpulang kepada keputusan MT UMNO, Melaka tak ada banyak kerusi jadi tidak ada isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN... kita tak boleh kata kerusi tradisi lagi, bagi UMNO bila kita masuk PRN Melaka, kita nak menang bukan nak bermegah-megah,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa