UMNO batal perhimpunan solidariti Najib Razak pada 6 Jan
Anggaran Waktu Membaca:

Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: UMNO membatalkan Himpunan Solidariti bagi menyokong mantan Perdana Menteri Najib Razak, yang akan diadakan Isnin ini (6 Jan), di Istana Kehakiman Putrajaya, kata Setiausaha Agung parti itu, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata keputusan itu selaras dengan prinsip menghormati titah Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan untuk memberi keampunan atau pengurangan hukuman kepada mana-mana banduan, serta arahan Ketua Polis Negara untuk tidak membenarkan sebarang perhimpunan berkaitan isu tersebut.
“UMNO menjunjung hormat titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, menunda hukum dan meringakan hukum bagi apa jua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat (3 Jan).
Sebagai parti yang konsisten dalam memperjuangkan dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Parti, Encik Asyraf Wajdi berkata UMNO sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau menegaskan bahawa UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan akan sentiasa menghormati apa jua peraturan serta undang-undang yang ditetapkan, selaras dengan titah Agong.
"UMNO dengan penuh kerendahan hati akur atas segala saranan titah agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap Najib Razak, yang banyak memberi jasa kepada rakyat dan negara," katanya.
“Atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagaimana arahan Ketua Polis Negara, UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan yang dijadualkan pada 6 Jan 2025 ini,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menzahirkan keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan dan keihsanan Agong dalam memberikan keadilan sepenuhnya kepada Najib.
Selain itu, Encik Asyraf Wajdi berkata parti itu turut merakamkan penghargaan yang tinggi kepada seluruh ahli UMNO yang menunjukkan komitmen serta memberikan sokongan moral, walaupun tiada arahan rasmi daripada ibu pejabat UMNO sebelum ini.
Himpunan tersebut dilaporkan sebagai bentuk sokongan ahli UMNO terhadap Najib Razak, yang juga merupakan mantan presiden parti itu. Surat arahan daripada PAS turut tersebar, menggalakkan ahli parti tersebut untuk turut serta dalam himpunan berkenaan.
Pada Jumaat, kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara memaklumkan permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi mana-mana banduan hendaklah dikemukakan sendiri oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan itu memaklumkan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif mengikut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan, iaitu mempunyai kuasa untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.
Susulan itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan dan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.