UMNO akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal: Ahmad Zahid
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi semasa sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 12 September 2026. (Gambar: BERNAMA)
- UMNO, melalui presidennya Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan akan terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal selaras resolusi parti.
- Kenyataan ini dibuat semasa sidang media Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 12 September.
- UMNO menghormati pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan tidak menentang mana-mana pihak dalam kerajaan.
- Perbezaan pandangan antara parti dalam kerajaan dianggap biasa dan pemimpin UMNO tetap menjalankan tugas secara profesional.
Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu perlu dihormati.
Ini meskipun terdapat perbezaan pandangan antara parti-parti yang membentuk kerajaan sekarang ini.
Beliau menambah UMNO tidak menyanggah pendirian mana-mana pihak, khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Pendirian kita adalah tidak menyanggah mana-mana susuk tubuh, terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerana resolusi yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO harus dihormati.
“Kita akan terus bersama-sama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ada ini hingga akhir penggal. Kita pun tidak tahu bila akhir penggal,” katanya, seperti dinukil Astro Awani.
Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu (12 Sep).
Encik Ahmad Zahid berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa dalam sesebuah kerajaan gabungan dan perlu ditangani secara profesional.
Namun, beliau menegaskan, pemimpin UMNO yang menganggotai Jemaah Menteri tetap menjalankan tanggungjawab secara profesional.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.