Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ummah tidak puas hati kerajaan M'sia benarkan nama 'Timah' dikekalkan

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) tidak berpuas hati dengan keputusan Kabinet membenarkan penggunaan nama 'Timah' bagi wiski keluaran syarikat tempatan, Winepark Corp Sdn Bhd (Winepark) dikekalkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ummah tidak puas hati kerajaan M'sia benarkan nama 'Timah' dikekalkan

Gambar: Facebook/TIMAH

Diterbitkan : 16 Nov 2021 09:20AM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 09:24AM

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (Ummah) tidak berpuas hati dengan keputusan Kabinet membenarkan penggunaan nama 'Timah' bagi wiski keluaran syarikat tempatan, Winepark Corp Sdn Bhd (Winepark) dikekalkan.

Presiden Ummah Mohd Zai Mustafa berkata penggunaan nama Timah bagi produk itu tiada kaitan yang boleh dibuktikan secara akademik dengan perlombongan bijih timah di Malaysia.

"Minuman arak ini masih mesra kepada budaya negara kita, sedangkan banyak lagi nama yang boleh digunakan daripada barat yang sinonim membawa budaya mabuk ini kepada rakyat negara kita.

"Arak jenama Timah ini tiada kaitan dengan sejarah yang boleh dibuktikan secara akedemik dengan perlombongan bijih timah di Malaysia, malah menambah buruk lagi masyarakat pekerja di sektor perlombongan yang boleh dikaitkan dengan gambaran budaya mabuk," katanya kepada Malaysiakini.

Dua hari lalu, Kabinet Malaysia bersetuju untuk membenarkan syarikat pengeluar wiski tempatan mengekalkan jenama Timah di sebalik bantahan sesetengah pihak.

Perkara itu dimaklumkan dua menteri, iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Encik Alexander dan Encik Wee menyatakan pengeluar wiski berkenaan, Winepark hanya perlu meletakkan maklumat tambahan bagi menjelaskan bahawa minuman keras itu merujuk kepada bijih timah dan bukannya nama sesiapa.

Dalam satu kenyataan berbahasa Cina di laman Facebooknya pada Isnin (15 Nov), Encik Wee yang juga presiden MCA berkata kabinet telah menyelesaikan kontroversi itu.

“Dalam beberapa mesyuarat kabinet baru-baru ini, anggota jemaah menteri membincangkan perkembangan terkini isu Timah.

“Saya gembira insiden ini berjaya diselesaikan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

“Timah tidak perlu menukar namanya. Pengilang telah bersetuju untuk memasukkan penjelasan tentang asal usul (nama) Timah. Maksud asal Timah merujuk kepada bijih timah - yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah,” katanya, lapor Malaysiakini.

Dalam pada itu, Encik Mohd Zai berkata Kabinet sepatutnya bertegas bagi menukar nama wiski berkenaan kepada jenama lain.

Ia bagi mengelak daripada Malaysia turut dikenali sebagai negara pengeluar arak.

"Seharusnya Kabinet boleh bertegas bagi menukar nama minuman ini kepada jenama lain yang tidak boleh dikaitkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengeluarkan minuman arak," katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan