Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Umat Islam M'sia, Brunei & Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin, 2 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam M'sia, Brunei & Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin, 2 Mei

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 01 May 2022 08:41PM Dikemas Kini : 01 May 2022 09:13PM

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok (2 Mei), demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad malam ini (1 Mei).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sudah ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022," isytihar beliau.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen Malaysia.

Setelah dua tahun umat Islam di Malaysia menyambut Syawal dalam keadaan Malaysia masih berdepan dengan pandemik COVID-19, kali ini ia akan disambut dalam Fasa Peralihan ke Endemik yang bermula 1 April lalu.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) menetapkan 1 Syawal 1443 Hijriah atau Hari Raya Idul Fitri jatuh pada Isnin (2 Mei).

Penetapan itu adalah berdasarkan pada hasil rukyah bahawa hilal (anak bulan) sudah terlihat.

"Pengurus Besar Nahdlatul Ulama memberitahukan bahawa awal bulan Syawal 1443 Hijriah jatuh pada hari Isnin tanggal 2 Mei 2022," ujar Ketum PBNU Yahya Cholil.

Bersamaan dengan pernyataan tersebut, Yahya mengucapkan selamat Hari Raya Idul Fitri kepada seluruh umat Islam di negara itu.

"Kami sampaikan selamat merayakan Idul Fitri 1443 Hijriah dengan penuh suka cita dan tetap mematuhi protokol kesehatan, serta mohon maaf lahir dan batin," ujarnya.

Pada Lebaran tahun ini, NU dan pemerintah merayakan secara bersama dengan organisasi Islam terbesar di Indonesia lainnya, iaitu Muhammadiyah.

Dengan penetapan Idul Fitri yang jatuh secara serentak esok, maka umat Islam di Indonesia yang mengikuti awal Ramadan berdasarkan pada ketetapan pemerintah, berpuasa selama 29 hari. Sementara yang berdasarkan pada ketetapan Muhammadiyah pula, selama 30 hari.

Borneo Bulletin pada Ahad (1 Mei) melaporkan bahawa Brunei Darussalam juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, 1 Syawal 1443 Hijrah bersamaan dengan 2 Mei 2022 setelah hilal (anak bulan) Syawal telah dilihat pada satu atau lebih tempat pencerapan pada petang tadi.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan