Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac
Anggaran Waktu Membaca:
Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad.
KUALA LUMPUR : Umat Islam di Malaysia akan menyambut tarikh 1 Syawal 1446H sekali gus Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac 2025.
Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 31 Mac 2025."
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.
Awal dari itu, aktiviti mencerap anak bulan dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara.
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh awal Syawal adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.