Umat Islam Gaza tunai solat Aidiladha di Masjid Al-Kenz yang rosak teruk
Penduduk Palestin di kawasan kejiranan al-Rimal, tengah Carikan Gaza, berkumpul pada Jumaat (6 Jun) untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Kenz, yang walaupun mengalami kerosakan teruk akibat serangan udara Israel, tetap menjadi tempat beribadah sempena hari raya itu.

Solat berjemaah di Masjid Al-Kenz menandakan bermulanya sambutan Aidiladha bagi umat Islam di Gaza. (Gambar hiasan: AFP)
Menurut Anadolu Ajansi (AA), solat secara berjemaah di masjid tersebut menandakan bermulanya sambutan Aidiladha, satu daripada perayaan paling suci dalam kalendar Islam.
Masjid Al-Kenz, yang dahulunya merupakan pusat keagamaan utama di daerah al-Rimal, kini menyaksikan kesan kemusnahan yang ketara termasuk runtuhan dan serpihan bangunan.
Aidiladha yang bertepatan dengan berakhirnya ibadah haji tahunan dan secara tradisinya ditandai dengan ibadah penyembelihan haiwan seperti kambing dan biri-biri.
Tahun ini merupakan kali kedua berturut-turut penduduk Gaza tidak dapat menyambut Aidiladha sepenuhnya berikutan kempen ketenteraan berterusan Israel di wilayah yang dikepung itu.
Menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata, tentera Israel meneruskan serangan kejam terhadap Gaza sejak Oktober 2023, mengorbankan lebih 54,600 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November lalu terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan ,mantan Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes pembunuhan beramai-ramai di ICC susulan perangnya ke atas wilayah berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.