Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Umat Islam dinasihat supaya tidak terlibat acara Thaipusam, kata Menteri Ehwal Agama M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia Mohd Na'im Mokhtar menasihati umat Islam supaya tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam pada Ahad (5 Feb).

Beliau berkata ini kerana Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.

"Nasihat ini juga berpandukan kepada ketetapan panduan yang telah dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Luqman Abdullah, iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan.

"Batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing.

"Justeru, dengan prinsip ini umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa-apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam," katanya menerusi hantaran Facebook yang dipetik oleh Sinar Harian.

Dalam pada itu, Encik Mohd Na'im meminta seluruh rakyat Malaysia agar menghormati perayaan setiap agama di negara itu kerana ia adalah asas kerukunan hidup yang harmoni di antara penganut agama.

"Agama Islam juga menyeru supaya umat Islam sentiasa menjaga kerukunan dalam masyarakat," ujarnya lagi.
Sumber : Agensi berita/NY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan